Inilah kisah seorang seniman yang diabadikan melalui lagu balada dendangan Don McClean 'VINCENT' atau lebih dikenali sebagai 'STARRY STARRY NIGHT'. Vincent Van Gogh adalah seorang seniman berbangsa Belanda era Post Impressionisme.
Malam yang berbintang
Sebuah ilham dari hati yang rapuh
Dari jiwa yang remuk redam
Dari batin yang semakin hancur
Melalui calitan warna-warna indah
Biru, kelabu, kuning, hijau, merah…
Dan pelbagai lagi warna-warna campuran
Hasil karya lukisan dari mu oh seniman
Hidupmu menyendiri
Tak siapa ambil peduli
Kecuali saudaramu itu yang sering menemani
Utusan warkah-warkahmu menjadi saksi
Kau seniman penghasil karya
Yang lain dari yang biasa
Mungkin waktu itu mereka belum mengerti
Karyamu diejek, bukannya dipuji
“Apakah ini dikata karya seni?”
“Dah gila agaknya seniman ini.”
Apa yang sebenarnya telah terjadi
Kebenarannya kau yang mengetahui
Tatkala hidup semakin derita
Gelap gelita dikau rasa
Tiada lagi sinaran sang suria
Hidup sudah tidak bermakna
Lalu kau mengakhiri riwayat yang terseksa
Di sisi saudaramu melafaz kata
Kata-kata akhirmu kepadanya
“ Kesedihan adalah untuk selamanya…”
Rudy Djoharnaen
25 Julai 2006
(Enam bulan kemudian, Theo pun berpulang untuk selamanya dan diabadikan disebelah kuburan Vincent di Auvers-sur-Oise, Perancis)
Tuesday, July 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Apa agaknya suara yang berbisik di dalam hati dia?
Entahlah...Tuhan saja yang tahu.
ada telinga
dipotong
ada pistol
dizalimi
diri
yang disayang
melacur diri
yang membela
adik sendiri
selepas 100 tahun mati
baru dipuji dan disanjung
apakah nikmat itu
yang dicari....
itulah silapnya
kerna jiwa disangka
tidak bermaya
derita merana
tiada berharga
bila jiwa semakin buntu
riwayat diakhiri dengan peluru
tapi apa nak dikata
begitulah ceriteranya...
Hi Rudy, jangan lupa 21 Ogos ni, hari perkahwinan CT. CT dah kirim kad undangan sebulan lepas. Rudy dah terima? Hope you can come. Thank you.
Post a Comment