Monday, April 14, 2008

Piano Show: Hairul Syafrien featuring Rudy Djoharnaen

Hairul Syafrien mula bermain Electone seawal usia 5 tahun. Beliau menggemari instrumen tersebut dan juga mendalami beberapa alat muzik seperti Piano dan Akordion. Selama menceburkan diri dalam dunia muzik, Hairul telah mencuba beberapa 'genre' seperti pop, jazz dan irama Melayu tradisional. Beliau menggangotai Orkestra Melayu Singapura dan juga kumpulan tradisional Melayu, Delima.



Nikmati keindahan ekspressi Hairul Syafrien melalui persembahan piano solonya yang pertama; 'LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN'.


Hairul akan mempersembahkan muzik Pop Rock, Balada dan Irama Melayu Tradisional. Untuk lebih menyerikan lagi persembahan ini, beliau juga menampilkan penyanyi bersuara lunak, Rudy Djoharnaen yang akan mendendangkan lagu-lagu malar segar seperti 'You're My Everything' (Santa Esmeralda), 'Ibu' (P.Ramlee) dan lagu-lagu Melayu tradisional.


LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN


Isnin, 05 MAY 2008

8 malam di Living Room, The Arts House


Tiket-tiket berharga $10 dan $21 boleh didapatkan menerusi lelaman berikut (klik pada link):



Jumpa anda disana!



Thursday, April 03, 2008

Konsert Gemersik Irama



Acara :Concert: GEMERSIK IRAMA (RHYTHM FUSION) By Orkestra Melayu Singapura
Tanggal :13 Apr 2008
Masa :3.30pm - 6.30pm
Tempat :Shaw Foundation Symphony Stage

Visitor Services (6471 7361)

Keindahan melodi muzik Melayu telah meresap ke hati para pendengar dan pencinta muzik dari awal kemunculannya. Di Pentas Simfoni Yayasan Shaw
yang bertempat di Taman Botanik Singapura, anda akan dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu Melayu klasik era 50an hingga ke 80an oleh Orkestra Melayu Singapura.

Konsert ini juga menampilkan para penyanyi melayu terbaik seperti penyanyi jazz dan bossanova Rudy Djoharnaen, juara Anugerah Hyrul Anuar dan Nurun Nuwwarah diiringi para penari dari PA.

Dengan Gemersik Irama di Taman Botanik ini, keindahan muzik Orkestra Melayu Singapura akan dapat dinikmati oleh semua lapisan Masyarakat Singapura.

Tiada bayaran dikenakan.

Jumpa anda di sana.

Pentas Simfoni Yayasan Shaw



Tuesday, March 11, 2008

ROAD TO MECCA - Sebuah Filem Harman Hussin


Keinginannya merantau ke Makkah tercetus oleh inspirasi dari buku travelogue 'The Difficult Journey' oleh Ahmad Thomson. Maka merantaulah seniman ini dari Singapura ke Makkah dan semakin jauh perjalanan, semakin luaslah pemandangan dan pengalaman. Filem dokumentari ini berkongsi kisah anak rantau ini. Berjayakah beliau menjejakkan kakinya ke Kota Suci itu?



Filem ini akan ditayangkan sempena Singapore International Filem Festival ke 21. (SIFF)

Tanggal: 6 April 2008, Sabtu
Masa: 4:15-5:15ptg
Panggung: Sinema, 11 Mount Sophia, Singapura

Untuk menempah tiket anda sile ke:
http://filmfest.org.sg/singapore-panaroma.php

Penjualan tiket:

World Sales:
Isazaly Mohd Isa
Tel: +6012 287 5363 (Malaysia) / +65 935 25309 (Singapore)
Email: zalee@kino-i.com

Highly recommended!

Rudy Djoharnaen
Singapore
rudy.djoe@gmail.com

Affandi


"Diantara seniman ekpresionisme yang saya paling sukai adalah Edward Munch dan Toulouse Lautrec. Saya tidak begitu suka Renoir. Saya rasa lukisan Renoir terlalu lunak. Sebagi seniman saya tidak punya pertentangan idealis dengan Renoir. Karena saya tidak suka bukan berarti karyanya jelek."

Affandi.