Monday, April 14, 2008

Piano Show: Hairul Syafrien featuring Rudy Djoharnaen

Hairul Syafrien mula bermain Electone seawal usia 5 tahun. Beliau menggemari instrumen tersebut dan juga mendalami beberapa alat muzik seperti Piano dan Akordion. Selama menceburkan diri dalam dunia muzik, Hairul telah mencuba beberapa 'genre' seperti pop, jazz dan irama Melayu tradisional. Beliau menggangotai Orkestra Melayu Singapura dan juga kumpulan tradisional Melayu, Delima.



Nikmati keindahan ekspressi Hairul Syafrien melalui persembahan piano solonya yang pertama; 'LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN'.


Hairul akan mempersembahkan muzik Pop Rock, Balada dan Irama Melayu Tradisional. Untuk lebih menyerikan lagi persembahan ini, beliau juga menampilkan penyanyi bersuara lunak, Rudy Djoharnaen yang akan mendendangkan lagu-lagu malar segar seperti 'You're My Everything' (Santa Esmeralda), 'Ibu' (P.Ramlee) dan lagu-lagu Melayu tradisional.


LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN


Isnin, 05 MAY 2008

8 malam di Living Room, The Arts House


Tiket-tiket berharga $10 dan $21 boleh didapatkan menerusi lelaman berikut (klik pada link):



Jumpa anda disana!



No comments: